Pages

Monday 25 April 2011

ikan stim...bez au...


Dsc01084








Bahan-bahan ( 5 orang )

  • Seekor Ikan siakap
  • 2 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 6 ulas bawang putih
  • cili api (ikut suka)
  • sedikit kunyit
  • garam
  • gula
  • air asam limau
  • Daun ketumbar
  • daun limau purut

Cara-cara

  1. perap ikan siakap dengan sedikit garam, bawang putih n halia selama 1 jam
  2. letakkan ikan yang telah diperap tadi ke dalam periuk stim
  3. kisar serai, lengkuas, kunyit, bawang putih dan cili. Kemudian curahkan di atas ikan yang diperap tadi
  4. perahkan air asam limau ke atas ikan yang diperap dan masukkan gula dan garam
  5. kemudian stim ikan tersebut lebih kurang setengah jam
  6. akhir sekali masukkan daun limau purut yang dihiris dan juga daun ketumbar (jika mahu)
  7. siap untuk dimakan

ud@nG CeLUp tEpUnG

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • Tepung jagung 1/2 cawan
  • Tepung beras 1/4 cawan
  • 1 biji telur
  • Limau nipis airnya diperahkan
  • Udang 20 ekor

Cara-cara

  1. Masukkan tepung2 tadi, garam secukup rasa dan air limau nipis. Gaulkan..
  2. Udang yang telah dibuang kulit & dipotong belakangnya & dibuang tahi kemudian di celup ke dalam telur & seterusnya celup ke dlm tepung...then..goreng
  3. Siap dimkn dgn sos/nasi putih/mkn mcm tu je pon sedap...

ikan singgae

samissing@gmail.com
no pic..

bahan-bahan
1.ikan aya/tongkol la paling bes klu nk buat singgan
2.air mentah ke…masak ker ikut ler
3.lengkuas
4.asam keping
5."
budu" skit jer la. amik rasa jer
6.try dulu klu masin tak yah garam.
7.bawang putih-yg ni choice. klu nk masuk xpe, tak masuk pon tak pe
8.nk pedasssss..masuk ladda burung/ciliapidan apa2 seangkatan dgnnye..tp biasa org tue letak lada idup jer.

cara-cara
1.campak sume bahan2 dlm "puyuk"..pastu tunggu smpi mendidih. mendidih tu biar lama skeeeet supaya rasa ikan dlm kuah.
2.Rasanye tu jer cara2 nyer.
note…klu ada pertambhn sila la..smoge dpt skill masakan yg poooweeerrr…heheh

ikan singgae

bahan-bahan
1.ikan ayo/tongkol
2.air mentah ke…masak ker ikut ler
3.lengkuas
4.asam keping
5.b-u-d-u skit jer la. amik rasa jer
6.try dulu klu masin tak yah garam.
7.bawang putih-yg ni choice. klu nk masuk xpe, tak masuk pon tak pe
8.nk pedasssss..masuk ladda burung/ciliapidan apa2 seangkatan dgnnye..tp biasa org tue letak lada idup jer.

cara-cara
1.campak sume bahan2 dlm "puyuk"..pastu tunggu smpi mendidih. mendidih tu biar lama skeeeet supaya rasa ikan dlm kuah.org ckp biar kuman2 kt dlm air 2 mati..hahaha
2.Rasanye tu jer cara2 nyer.
note…klu ada pertambhn sila la..smoge dpt skill masakan yg poooweeerrr…heheh

Sunday 24 April 2011

sup ayam

Sup Ayam Ala Thai

Ayam_thai
resepi dari mak






Bahan-bahan ( 2 org )

  • 6 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 6 biji cili padi (bergantung pd selera masing2)
  • seinci halia
  • 2 btg serai
  • setengah ekor ayam
  • sekeping asam gelugor
  • daun kesum secukupnya
  • air secukupnya (tambah air kalo nk kuah lebih)
  • garam n perasa
  • 2 bj ubi kentang

Cara-cara

  1. Bwg merah, bwg putih, cili padi, halia dan serai di blender halus.
  2. panaskan minyak dan tumiskan bahan blend tadi sehingga naik bau n garing sedikit.
  3. Setelah itu, masukkan ayam dan ubi kentang dan biarkan ayam kecut sedikit.
  4. Masukkan air untuk kuahnya dan masak sehingga mendidih
  5. Masukkan daun kesum, asam gelugor, garam dan perasa secukupnya
  6. blehlah dihidangkan dan selamat mencuba

tomyam bez

Tom Yam

Tomyumm
Mudah Dan Sedap~




Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
  7. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.